Thursday, October 28, 2010

HENDAK SERIBU DAYA.........................

Hafal Quran Umur 82 Tahun


Sukar untuk kita mempercayai bahawa umur 82 tahun boleh menghafal Al-Quran 30 juzuk. Namun jika ada kemahuan maka di situ ada jalannya. Apatah lagi mukjizat dari Al-Quran tidak akan hilang sehingga ke Hari Kiamat. Jika dipermudahkan oleh Allah swt miski pun nampak payah, akan jadi mudah jika dikehendakki oleh Allah swt.

Hal ini berlaku kepada Ummu Shaleh yang berumur 82 tahun. Kisah beliau telah tersebar luas di Indonesia apabila beliau di temuramah oleh wartawan Majalah Ad-Dakwah Indonesia. Beliau mula menghafal Al-Quran ketika berumur 72 tahun, namun begitu keinginan untuk menghafal AL-Quran telah pun ada ketika beliau masih kecil. Ayah beliau ketika itu selalu mendoakan agar anaknya menjadi Hafizah Quran. Keinginan menghafal pada waktu itu amat kuat namun beliau hanya mampu menghafal kira-kira 3 juzuk sahaja.

Cita-cita beliau terhalang sewaktu berumur 13 tahun yang mana ketika itu beliau telah dikahwinkan. Ini adalah kerana ketika itu beliau sibuk dengan urusan rumah dan anak-anak. Ketika dikurniakan 7 orang anak sumainya meninggal dunia. Maka ini menyebabkan masanya banyak dihabiskan di dalam urusan membesarkan anak-anaknya. Apatah lagi anak-anaknya ketika itu ramai yang masil kecil.

Tetapi di dalam hati tuhan sahaja yang tahu betapa beliau sangat-sangat berkeinginan untuk menghafal 30 juzuk Al-Quran. Tuhan tidak mengsia-siakan keinginan beliau. Apabila anak-anak beliau telah dewasa dan berkeluarga, masa terluang kembali semula. Beliau menggunakan masa terluang ini untuk kembali menghafal Al-Quran.

Ini semuanya bermula takala anak perempuan bongsunya masih tinggal bersama dengannya. Ketika itu anak permpuannya masih lagi belajar di tingkatan “Sanawiyyah” sedangkan anak-anak perempuan yang lain semuanya telah berkahwin. Cita-cita anak perempuan bongsunya ini sama seperti beliau, kedua beranak ini mula menghafal Al-Quran setiap hari sepuloh ayat selepas Solat Asar. Anak perempuannya akan membaca dan beliau akan mengikutinya sebanyak tika kali. Keesokkan pagi, anaknya akan akan mengulangi ayat yang sama sebanyak 3 kali dan beliau akan mengikutinya dan mengulangi sebanyak 3 kali juga. Hafalan sebini berlaku sebelum anak perempuannya pergi ke Madrasah. Selain itu beliau akan mendengar bacaan Al-Quran melalui tape recorder bacaan Syeikh Khalil Al-Husyairi serta sekali lagi mengulangi sebanyak tiga kali. Sebahagian besar waktunya itu beliau akan mendengar bacaan Syeikh Khalil Husyairi.

Dalam pada itu setiap hari jumaat beliau dan anaknya mengkhususkan untuk mengulangi semua ayat-ayat yang telah mereka hafalkan selama seminggu. Begini aturan yang belau buat bersama anak perempuannya setiap hari dan setiap minggu.

Selapas 4 atau lima tahun program ini berjalan, beliau telah berjaya menghafal sebanyak 12 juzuk. Pada ketika ini anak perempuan bonsunya ini telah melansungkan perkahwinan, namun begitu apabila suaminya mengetahui kebiasaan beliau menghafal Al-Quarn bersama dengan anak perempuan bongsunya ini, maka menantunya telah menyewa rumah berdekatan dengan rumah beliau. Ini agar beliau (mentuanya) boleh meneruskan menghafal Al-Quran.

Tiga tahun kemuadian anak perempuanya ini telah dikurniakan anak. Maka beliau sibuk dengan urusan rumah dan anaknya. Bila keadaan ini berlaku, anak perempuan bongsunya ini bimbang hafalan beliau (emaknya) terbengkalai, maka beliau mencari seorang ustazah untuk mengajar ibunya.

Kesudahannya, beliau berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran semasa beliau berumur 82 tahun. Kini beliau juga mula menghafal hadsi-hadis Nabi saw dan telah pun berjaya beliau hafal kira-kira 90 hadis dan akan berusaha menghafal lebih banyak lagi.
Peleknya anak-naka beliau dan cucu-cucu beliau belum seorang pun menjadi hafiz dan hafizah.
SUBHANALLAH

(Sumber : Buku "Hafal Quran Tanpa Nyantri" :Abd Daim Al-Khalil)

Moral Kisah Ini.

Jika kita ada keinginan dan kemahuan, untuk dunia pun terkabul apatah lagi untuk urusan Akhirat. Tidak mustahil kita juga akan menjadi seperti beliau. Akhiri darjat kalau kita tak dapat sekali pun, namun biarlah anak-anak kita menjadi hafiz dan hafizah.

Wednesday, October 20, 2010

PESANAN MAULANA SAAD

Kerja Dakwah dibuat dengan 2 perkara :
1. Yakin yang benar
2. Istimaiyat kerja

1. Yakin yang benar ada 2 :
1. Yakin bahwasannya dengan kerja dakwah ini saja yang bisa menyelesaikan masalah-masalah akherat.
2. Yakin bahwasannya dengan kerja ini saja yang bisa menyelamatkan kita dari kerugian-kerugian baik kerugian dunia maupun kerugian akherat.

2. Istimaiyat kerja ada 4 :
1. Dakwah dengan kasih sayang dan lemah lembut
2. Pemaaf
3. Bermusyawarah
4. Istikhlas (tidak ragu-ragu)

Kenapa dunia rusak ?
1. Karena wanitanya rusak, kenapa wanita rusak ?
2. Karena laki-lakinya rusak, kenapa laki-laki rusak ?
3. Karena laki-laki tidak keluar dijalan Allah SWT ?

Kenapa umat rusak ?
1. Tinggalkan dakwah
2. Ada dakwah tapi tidak cara Rasulallah SAW


Tiga perkara yang membuat wanita rusak :
1. Karkun suka makan yang banyak-banyak
2. Karkun suka pakaian yang banyak-banyak
3. Karkun suka buat rumah yang besar-besar

Sehingga wanitanya sibuk memasak, mencuci, membersihkan rumah sehingga lupa untuk berdakwah ,taklim, zikir ibadah, dan mendidik anak secara sunnah.

Kenapa karkun macet :
1. Keletihan / kecapaian.
2. Tersakiti hatinya

Kenapa dakwah terhambat :
1. Karkun kaya takut miskin
2. Karkun miskin ingin kaya

Kenapa karkun rusak :
1. Tidak jaga nisab
2. Tidak buat maqomi

Kenapa karkun dingin :
1. Waktu keluar tidak niat islah diri
2. Waktu pulang tidak jadikan dakwah maksud hidup

Kenapa umat merugi :
1. Tidak paham target hidup
2. Tidak paham maksud hidup

Kenapa karkun lemah , karena waktu keluar tidak tertib

Dari karkun Palembang

Tuesday, October 19, 2010

ULAMA ULAMA BESAR PENDUKUNG JEMAAH TABLIGH


(Danau Singkarak, Padang Panjang)

1. Maulana Muhammad Ilyas Kandahlawi rah

Pencetus kembali usaha dakwah sebagaimana yang berlaku di zaman awal Islam yakni di zaman Rasulullah saw dan Sahabat ra. Beliau berketurunan Sahabat besar Abu Bakar As Siddiq. Keluarga beliau dikenali sebagai keluarga ahli ilmu dan agama. Berasal dari Jhanjana Muzaffarnagar, Uttar Pradesh, India. Nama asal beliau adalah Akhtar Ilyas. Masa kecil beliau banyak dihabiskan di Madrasah samada Madrasah keluarga beliau maupun madarah besar di India. Beliau pernah berguru selain dari keluarga beliau yang terdiri dari bapa beliau sendiri, Maulana Yahya rah, Maulana Ismail rah. Manakala guru beliau di madrasah sekitar India ialah Maulana Abd.Rasyid Ahmad Ganggohi rah, Maulana Khalili Ahmad rah, Maulana Asyraf Ali Thanwi rah, Maulana Mahmudul Hassan rah. Dan ramai lagi yang tidak tercatit di sini. Hampir kesemua guru-guru beliau adalah pengarang-pengarang kitab muktabar serta tokoh-tokoh besar ulama benua India.

Antara kitab karangan beliau yang terkenal adalah Al Abwabul Muntakhabah min Misykatul Musabbih


2. Maulana Muhammad Yusof Kandahlawi rah.

Beliau adalah putera kepada Maulana Ilyas rah. Belaiu termasuk seorang ulama besar India. Belaiu telah memiliki karya beberapa kitab dalam bahasa A’rab. Antaranya Hayatus Sahabah dalam 3 jilid besar, Amanil Ahbar Syarh Ma’anil Atsar, Muntakhab Ahadis. Beliau juga termasuk seorang guru kepada Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki, Makkah ( Al’Iqdul Farid :16 )


3. Maulana In’amul Hassan Kandahlawi rah.

Beliau termasuk seorang ulama besar India yang oleh Syeikhul Hind (Maulana Mahmudul Hasan rah) dijuluki sebagai “Gudang Mufti” Beliau juga termasuk salah seorang guru kepada Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki, Makkah (Al’Iqdul Farid: 16)


4. Maulana Zhafar Ahmad Thanwi rah.

Beliau adalah penyusun kitab I’laa Ussunan (Ahadis Ahkam, terdiri dari 21 jilid, satu jilid khusus membahaskan pentingnya bermazhab dan bantahan untuk gulongan Wahabbi dan ghoiru Muuqallid. ( Al’iqdul Farid: 15)


5. Syeikhul Hadis Maulana Muhammad Zakaria Kandahlawi rah

Seorang pakar hadis yang menulis banyak kitab, antara lain: Al Abwab Wat Tarajim Lishohihil Bukhori, Awjazul Masalik Syarh Muwathok Imam Malik 15 jilid. Syarh Syamail Tirmizi, Al I’tidal fi Maratibir Rijal serta takhrij hadis beberapa kitab. Kitab yang paling terkenal adalah Fadhoil A’mal. Beliau pernah mengajar di Madinatul Munawwaroh. (Al’Iqdul Farid : 15)


6. Maulana Manzhur Nu’mani rah.

Penulis kitab terkenal Inqilabu Iran (Iran Revolution) kitab yang menedahkan hakikat Revolusi Iran dan perancangan Syiah. Telah diterjemahkan dalam berbagai bahasa.


7. Sayyid Abul Hasan Ali An Nadwi rah.

Mudir Madrasah Nadwatul Ulama Lucknow, India. Bekas pemimpin Rabithah Adab Al Islami, Direktur Pusat Studi Islam Oxford dan anggota berbagai badan-badan Islam di negara-negara A’rab. Antara kitab-kitab tulisan beliau : Rijalul Fikri Wad Dakwah, Madza Khosiro ‘Alam Binhithotil Muslimin, Qashassul Nabiyyin, Sirah Nabawiyah. Beberapa kitab beliau mendapat penghargaan badan antarabangsa dan sebahagian tulisan beliau telah diterjemah dalam berbagai bahasa. Beliau juga adalah penulis kitab Biografi Maulana Muhammad Ilyas rah.

(Petikan dari kitab Meluruskan Kesalahfahaman Terhadap Jemaah Tabligh muka surat : 8- 9, Karangan Mulwi Ahmad Harun Al Rasyid , Temboro,Magetan Indonesia dengan sedikit pindaan untuk kesesuaian dalam Bahasa Malaysia)

Wednesday, October 6, 2010