Sunday, February 27, 2011

TEMBORO........... KAMPUNG MADINAH




Temboro,Indonesia, “Perkampungan Madinah,madrasah dan kampung yang hidup usaha da`wah dan tabligh keseluruhannya.

Sampai saat ini majoriti (seharusnya memakai kata "seluruh") parti politik dan ormas Islam hanya bangkit konsep dan janji tentang "apa" dan "bagaimana" sebuah konsep aturan masyarakat yang berlandaskan syariat Islam, atau yang lebih popular dengan sebutan "negara madinah ".

Di sisi lain, sebuah desa yang terletak di antara tiga bandar iaitu , Madiun, Ngawi dan Magetan tanpa penerbitan, tanpa bantuan apapun dari parti politik dan NGO`s. Tanpa perlu menunggu sokongan dasar kerajaan. berjaya dengan apa yang mereka sebut sebagai kampung sunnah, iaitu sebuah aturan kampung yang cuba meniru seperti aturan Madinah ketika masa Nabi S.A.W hidup.

Temboro, begitulah nama kampung ini, walaupun berada di bumi Indonesia, ketika anda menjejakkan kaki pertama kali di desa ini yang terpancar adalah suasana padang pasir, begitu komen orang yang tidak biasa. Begitu memasuki sempadan kampung, terpampang jelas tulisan "Kawasan perpakaian muslim".

Dalam hal berpakaian penduduk Temboro memang beragama, para lelaki memakai Jubah, dengan satu alasan, kerana mereka ingin meniru idola mereka Sang Nabi Besar Muhammad S.A.W. Apa itu salah?, dan bagaimana dengan peminat seluar jeans, padahal seluar itu asalnya adalah seluar pekerja galian.

Para wanita berjubah hitam panjang, di antaranya ada yang memakai purdah,dan hanya sekadar memakai tudung. Siapa yang mereka tiru?, tentu saja para ummahatul muslim, isteri-isteri Nabi S.A.W. Mereka tidak memikirkan apa kewarganegaraan Khadijah R.Anha ataupun 'Aisyah R.Anha.

Sama seperti ketika banyak remaja perempuan yang mengidolakan britney spears, tidak hanya tidak memperdulikan dari mana asalnya britney, bahkan agamanya britney pun tidak diperdulikan. Kerana britney bukan Islam yang boleh berpakaian pelik, sedang aku muslim, biar tidak kehilangan identiti keislaman dan kebritney-anku, tetap kupakai tudung, tapi aku pakai seluar britney, yah siapa tahu ada yang mahu kasihan dan sedekah pakaian nanti, he ... he ... he

Kembali ke Temboro, salah satu yang menakjubkan adalah ketika terdengar suara azan. Seluruh penduduk akan beruduyun-duyun menuju ke masjid, ada yang sambil bersiwak, ada yang menbawa bebanan, memikul karung penuh rumput. Lebih kurang 5000 penduduk akan memenuhkan empat masjid yang ada. Ini adalah buah fikir risau dari peranan aktif Pondok Pesantren al-Fattah yang berada disisi utara dan selatan kampung.


Dari puluhan Pondok madrasah yang saya kunjungi, Temboro termasuk madrasah yang boleh membawa angin perubahan pada kampung yang ditempatinya. Padahal tidak sedikit madrasah yang malah mengabaikan penduduk sekitarnya. Entah dengan alasan telah tercemar virus atau takut rugi secara kewangan bila warak berjalan di warung sekitar pondok.

Menurut kebanyakan kiai yang bermastautin di Madiun dan Ponorogo, Pondok Temboro sekarang memang sedang kelihatan "nuur"-nya. Sama seperti Pondok Gontor di era kepimpinan generasi yang pertama (1926-1984), perlu di ketahui belum ada alumni Gontor selepas era tersebut yang menyaingi kejayaan lulusan pada era awal. Inilah yang oleh Emha Ainun Nadjib digambarkan sebagai, orang yang kebesaran baju sehingga susah berjalan.

Pondok Temboro sendiri saat ini secara sahnya daripada memang di jadikan sebagai pusat gerakan usaha da`wah dan tabligh di Indonesia. Hal tersebut tidak terlepas daripada kaedah penyampaian da`wah dan tabligh Temboro yang memang lebih "hkmah dan ilmiah". di Temboro, begitu sapaan akrab bagi ahli da`wah dan tabligh yang berpangkalan di Temboro, lebih mengkedepankan hikmah dan kesabaran dalam berdakwah mengajak orang untuk semakin kaffah dalam Islam.

Tentu ini melawan pendapat umum yang terbentuk di masyarakat adalah, bahawa orang yang berjubah / bergamis adalah Islam berfahaman keras,(jumud), tidak mudah bergaul dengan masyarakat umum, bermadzhab takfiri (mudah mengkafirkan orang), sedikit-sedikit haram, dan lain sebagainya. Tidaklah demikian bagi orang yang berjubah di Temboro. Bila anda berkunjung kesana, sapaan hangat salam akan menyambut anda.

Saat yang sesuai berkunjung adalah hari Khamis. Dan sempatkan diri anda untuk mengikuti pengajian selepas maghrib bersama ribuan hadirin. Selepas pengajian, nikmati pengalaman iktikaf di masjid terbesar di Karesidenan Madiun. Lalu bangun malam, dan ikutlah menangis bersama hamba-hamba Allah yang tengah menangisi dosa-dosanya.

Inilah tempat pelancongan keagamaan sesungguhnya dan dijamin tidak akan pudar sebagaimana pudarnya Geger Kalong selepas ketibaan isteri muda Aa Gym.



tempatnya pun senang dicari, jika anda berniat berkunjung. Bila sampai di terminal atau stesen Madiun. Cukup mengatakan kata laluan Temboro semua Teksi dan orang tempatan sudah tahu. Tetapi untuk ingin menjimatkan kos , anda boleh bertukar bus menuju terminal Maospati. Dari sini semua orang juga sudah mengenal Temboro, kadar bayaran biasanya cuma Rp.7.000 seorang.

Bila ada niat, tak perlu usah takut soal jamuan makan. Kerana sarapan pagi, makan tengahari dan malam percuma .. makanlah sepuasnya

Selamat bermusafir.

diterjemah dari bahasa indonesia ke bahasa malaysia oleh muhammad_efendie