Sabda Rasulullah SAW :
Wahai Ali !1) Banyak tidur itu mematikan hati dan menghilangkan keelokan. Banyak dosa itu mematikan hati dan mewariskan penyelesaian.
2) Jika Allah murka terhadap seseorang nescaya ia beri rezeki harta yang haram. Apabila ia sangat murka terhadapnya, nescaya ia wakilkan syaitan yang memberkatkan hartanya yang haram itu.Lalu syaitan itu menjadi kawannya dan menyibukkannya daripada urusan agamanya dengan dunia, serta ia mudahkan kepadanya segala urusan dunianya sambil berkata : Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
3) Wahai Ali !Orang mukmin itu ada tiga tanda iaitu :
1) benci terhadap harta yang tidak dapat menolongnya di akhirat,
2) benci terhadap perempuan yang menjadi fitnah dalam agama
3) benci berkata-kata dalam hal kehormatan manusia
4) Wahai Ali !
Orang berakal itu ada tiga tanda iaitu :
1) menggunakan dunia untuk manfaat akhirat
2) menanggung kekasaran orang
3) sabar atas segala kesusahan
5 Wahai Ali !Orang berilmu itu ada tiga tanda iaitu :
1) berkata benar
2) menjauhkan yang haram
3) merendah diri
6) Wahai Ali !
Orang yang takut kepada Allah itu ada tiga tanda iaitu :
1) memelihara diri daripada berdusta dan berbuat buruk
2) menjauhi kawan yang jahat
3) meninggalkan perkara yang separuh halal kerana takut jatuh kepada yang haram
7) Wahai Ali !
Kebenaran itu ada tiga tanda iaitu :
1) sembunyikan ibadah
2) sembunyikan sedeqah
3) sembunyikan musibah
8 Wahai Ali !
Orang yang 'abid itu ada tiga tanda iaitu :
1) benci kepada nafsunya
2) sentiasa menghisabkan nafsunya
3) memanjangkan berdiri mengadap Allah
9) Wahai Ali !
Orang yang soleh itu ada tiga tanda iaitu :
1) memperbaiki perkara yang melibatkan antara dirinya dengan Allah dengan amal soleh
2) memperbaiki agamanya dengan amal
3) suka bagi manusia apa yang dia suka bagi dirinya
10) Wahai Ali !
Orang yang beruntung itu ada tiga tanda iaitu :
1) makanan yang halal
2) duduk bersama ulama'
3) solat fardhu berjemaah
11) Wahai Ali !
Orang yang mukmin itu ada tiga tanda iaitu :
1) segera dalam taat kepada Allah
2) menjauhkan segala yang haram
3) berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepadanya
12 Wahai Ali !
Orang yang murah hati itu ada tiga tanda iaitu :
1) memberi maaf kepada orang yang bersalah ketika ia mampu membalas kesalahan itu
2) mengeluarkan zakat
3) suka bersedeqah
13) Wahai Ali !
Orang yang peramah itu ada tiga tanda iaitu :
1) menghubungkan orang yang memutuskannya (persaudaraan)
2) memberi orang yang menegahnya
3) memaaf orang yang menzaliminya
14 Wahai Ali !
Orang yang sabar itu ada tiga tanda iaitu :
1) sabar atas taat menjalankan perintah Allah
2) sabar menghadapi musibah
3) sabar menerima qadha Allah
15) Wahai Ali !
Orang yang bertaubat itu ada tiga tanda iaitu :
1) menjauhkan yang haram
2) menuntut ilmu
3) tidak akan kembali membuat dosa spt tidak akan kembali susu yang diperah ke tempatnya.
16) Sesiapa yang memerintah berbuat baik dan mencegah kemungkaran, nescaya Allah akan menghinakan musuhnya. Sesiapa yang benar dalam segala perkara, nescaya Allah murka kerana murkanya. Apabila seorang anak yatim menangis, nescaya bergoncanglah 'arasy, maka diserukana : Wahai Jibril ! Luaskan neraka untuk orang yang membuat anak yatim itu menangis dan luaskan syurga untuk orang yang membuat anak yatim itu ketawa.
17) Jibril mengharap menjadi manusia kerana 7 perkara :
1) solat fardhu berjemaah
2) menghadiri majlis ulama'
3) menziarah orang sakit
4) memberi minuman
5) mendamaikan dua saudara yang bermusuhan
6) memuliakan jiran
7) memuliakan anak yatim