KARKUZARI

Karkuzari jemaah Malaysia: Penunjuk jalan (rahaba) Hindu diberi Hidayah

Karkuzari(laporan) disampaikan dalam bayan(ceramah umum) oleh jemaah Inggeris semasa khuruj ke Indonesia, di Masjid An-Nizam Rawasari pada 17.02.07.


Pembayan mengatakan;

"Jemaah sekalian apabila seseorang ini benar-benar sungguh menghadirkan kecintaannya kepada Allah SWT, terikat hatinya kepada kecintaannya kepada Allah SWT, maka pasti orang ini akan menggunakan seluruh yang ada dalam dirinya semata-mata untuk meyukakan Allah SWT dan semata-mata untuk semakin dekat kepada Allah SWT.

Apabila di dalam hati seseorang ini ada rasa sedemikian rupa dan ada usaha sedemikian rupa maka Allah SWT pasti akan anugerahkan ke dalam hati orang ini ketenangan dan ketenteraman.

Apabila seseorang telah dianugerahkan oleh Allah SWT ketenangan dan kebahagiaan, maka orang lain disekitarnya akan melihat betapa bahagianya orang ini, betapa senangnya hidupnya, pasti orang ini ingin mendapatkan apa yang diperolehi oleh orang itu. Maka dengan sendirinya, orang yang bahagia ini jemaah sekalian, akan menjadi penunjuk jalan agar supaya orang yang dia kenal atau orang yang disekitar dia bisa mendapatkan kebahagiaan.

Beliau(pembayan) ingat pada satu saat ada rombongan jemaah dari Malaysia yang datang ke Inggeris dan beliau menempatkan diri beberapa hari ikut bersama dengan jemaah itu. Ketika itu mereka berada di dalam sebuah kawasan yang mana banyak orang Islam tetapi mereka tidak datang ke masjid. Akhirnya, mereka berusaha keluar dari masjid dan jumpa dengan saudara-saudara muslim mereka.

Ketika berjumpa dengan seseorang yang mereka sangka itu adalah seorang Islam, maka mereka pun mengucapkan salam. Dan dia katakan, “saya bukan seorang Islam.” Dan kemudian jemaah bertanya sama ada dia kenal dengan orang Islam di daerah ini. Dia seorang Hindu dan dia katakan kepada saudara-saudara kita, “saya orang Hindu, saya tahu di mana ada orang-orang Islam, saya akan hantar anda ke sana.” Orang Hindu ini pun menghantarkan para rombongan ini untuk jumpa saudara-saudara muslim.

Ketika mereka berjumpa dengan saudara-saudara muslim, orang hindu ini mendengarkan dengan baik perbicaraan yang disampaikan oleh saudara-saudara tamu Malaysia ini terhadap saudara Islam di kawasan itu. Kemudian setelah beberapa lama, maka jemaah ini pun kembali ke masjid. Orang Hindu ini pun mengikut jemaah ini, selama perjalanan menuju ke masjid, dia menangis.

Maka kemudian saudara kita bertanya, “kenapa kamu menangis?” Dia katakan, dia sangat sedih, dia tidak bahagia. Dia mempunyai banyak permasalahan dalam hidupnya. Dia berkata lagi, “ketika saya melihat wajah-wajah tamu saudara dari Malaysia ini, saya melihat betapa wajah yang penuh dengan kebahagiaan, wajah penuh dengan ketenangan, maka saya juga ingin mendapatkan wajah seperti itu.” Dan orang Hindu ini mengatakan, “ saya tidak akan tinggalkan kalian sebelum saya mendapatkan kebahagiaan seperti yang kalian telah dapatkan.” Dia dengan bersungguh-sungguh, dia pun merunduk dan kemudian menarik-narik kaki daripada saudara-saudara kita dari Malaysia, sambil memohon, “tolong berikan kepada saya kebahagiaan ini. "

Jemaah ini pun bertanya kepada pemimpin rombongan dari Malaysia ini berkenaan apa yang harus dilakukan. Diperintahkan oleh amir pemimpin rombongan, agar hantarkan orang ini ke rumahnya, bersihkannya dan kemudian berikan dia pakaian yang baru. Setelah itu, mereka duduk bersama sambil meminum kopi. Maka orang Hindu ini pun mengatakan sesuatu yang aneh, iaitu dia katakan, “Tuhan telah menghantar kalian kepada saya, ke hadapan saya, untuk menjadi petunjuk bagi saya. Di saat kalian datang kepada saya dan mengucapkan salam kepada saya, persis pada saat itu, saya sedang berada di tepi sebuah jalan raya, yang mana sebentar lagi akan lewat sebuah trak yang besar dan saya akan lompat ke tengah jalan itu untuk membunuh diri saya. Namun pada detik itu juga, anda telah datang kepada saya untuk menyelamatkan saya."

Kemudian, dia pun dibawa ke masjid. Setelah mengucapkan syahadat di masjid, namanya digantikan menjadi Mohamad Rustam. Pada saat itu dia mendapatkan langsung kebahagiaan yang hakiki!

Jadi bapak hadirin Allah SWT, bertebaran manusia di seluruh penjuru dunia ini, yang menantikan daripada kebahagian, menantikan barang yang paling bernilai, bermilyar-milyar manusia menunggu kita. Kita ini telah diberi potensi , telah diamanahkan oleh Allah SWT, agama yang akan memberikan kebahgiaan, tapi jangan kita melihat agama ini justeru menjadi penghalang bagi diri kita untuk menyebarkan hidayat. "

Seterusnya pembayan menceritakan tentang kelebihan umat ini sebagai umat yang terakhir..


Karkuzari – Asbab Khuruj 40 Hari dan Khidmat, Hancur Sifat Amarah  - 12 June 2010

Karkuzari ini seperti mana yang terdapat di dalam bayan masyaikh (ulama) di Ijtima' Ancol 2007 dengan sedikit perubahan untuk kesesuaian bacaan.

Pembayan mengatakan;

"Hadirin yang mulia, agama yang sempurna belum ada di dalam kehidupan kita. Agama yang sempurna ini akan datang dengan perantaraan usaha. Mereka yang keluar di jalan Allah SWT dan semua orang yang berkumpul di sini atas maksud agama dan semua umat (hanya Allah SWT yang tahu berapa jumlahnya), hendaklah berusaha bagaimana Yakin (iman) ada dalam hati dan meyakini dengan agama sahaja memberi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Agama ini meliputi semua bahagian di dalam kehidupan.

Kita keluar di jalan Allah untuk melatih diri. Sunnah yang sudah lama ditinggalkan, kita latih tatkala semasa keluar di jalan Allah. Banyak sunnah-sunnah yang belum ada di dalam diri hingga menyebabkan timbul perasaan takut dan keberatan untuk mendengar dan mengamalkannya. Bukan setakat itu sahaja, bahkan ada yang merendah-rendahkan dan menghina amalan sunnah. Maka tatkala orang keluar di jalan Allah SWT dengan tanpa dorongan dan arahan sesiapa, asbab suasana yang baik, maka dia ada kekuatan untuk mengamalkan sunnah. Salah satu daripada ribuan hikmah adalah supaya mereka yang keluar di jalan Allah boleh mengamalkan agama dengan berada di tengah persekitaran suasana agama.

Tatkala orang yang keluar di jalan Allah SWT, maka dia akan mendapatkan latihan ini. Sehingga semua amal dilakukan sesuai dengan amalan agama. Sekiranya jemaah yang keluar di jalan Allah SWT berusaha mengikuti tertib yang dikehendaki, maka akan mendapat kesan yang sangat besar dan bermanfaat. Mereka pulang setelah keluar di jalan Allah SWT dengan perubahan di dalam kehidupan. Sehingga orang lain yang melihat daripada kejauhan akan mengatakan, "dia sudah berubah". Cara kehidupannya benar-benar ada perubahan.

Ada orang yang sangat pemarah. Isterinya menyiapkan makanan dan menghidangkan di hadapan suaminya. Apabila suaminya merasa makanan itu terlebih garam, maka dia campakkan makanan itu dan dia katakan kepada isterinya, "Kenapa masukkan banyak garam di dalam makanan ini, tidak dirasa terlebih dahulu?". Apabila sahaja makanan yang dimakannya itu tidak sesuai dengan seleranya, maka akan dicampakkan makanan itu. Sangat pemarah sekali sehingga isterinya ketakutan. Maka setiap hari isterinya memasak dengan ketakutan dan susah payah. Makanan dihidangkan di depan suaminya dengan perasaan takut dan khuatir.

Dengan taufik Allah SWT, dia keluar di jalan Allah selama 40 hari. Maka tatkala keluar 40 hari ini, beberapa kali dia diberikan tugasan sebagai khidmat (menyediakan makanan untuk jemaah). Dia juga duduk di dalam muzakarah adab makan. Di antara pengisian dalam muzakarah adab makan tersebut ialah makanan adalah daripada rahmat dan sudah ditentukan oleh Allah SWT. Rasulullah SAW sentiasa makan makanan dengan duduk di bawah (lantai, atas tanah). Makan makanan sebagaimana seorang hamba sahaya.

Setelah 40 hari keluar di jalan Allah SWT itu, dia telah berubah dan dia mula sedar bahawa makanan adalah nikmat Allah SWT. Sehingga dia berasa terhutang budi dengan orang yang memasak untuknya. Isterinya sebagaimana biasa menyediakan makanan dan menghidangkannya di depan suaminya. Setelah dihidangkan, isterinya menunggu dengan ketakutan, jika makanan yang disediakan itu tidak sesuai dengan selera suaminya.

Maka suaminya pun makan makanan yang dihidangkan oleh isterinya dengan perubahan yang ada pada dirinya. Makanan ini adalah nikmat Allah SWT. Seandainya Allah tidak memberi makanan, makanan ini pun tidak mungkin akan dperoleh. Dia memanggil isterinya, didudukkan disampingnya. Dia katakan, "makanan ini lazat sekali, 40 hari lamanya saya tidak merasa kelazatan masakan daripada tanganmu. Apa pun yang engkau masakkan untukku dengan tangganmu, lazat semua rasanya." Maka isterinya mendengar dan menangis. Suaminya yang dahulu pemarah kini berubah dan memuji masakannya.

Bagaimana perubahan ini datang? Maka isterinya pun faham bahawa perubahan terhadap suaminya setelah suaminya keluar di jalan Allah SWT, belajar akhlak dan ikram."

Karkuzari jemaah khuruj di Nicaragua, Amerika Selatan - Seluruh keluarga masuk Islam.

Karkuzari (laporan) ini disampaikan dalam bayan asar Jord KL pada 17.1.2010.


Pembayan mengatakan;

" Usaha ini, tanggungjawab ini boleh dikatakan lebih daripada fardhu. Kita dapat lihat, bagaimana apabila satu orang manusia, dia keluar di jalan Allah Swt, maka begitu banyak perubahan berlaku dalam kehidupannya. Manusia yang dahulunya jauh daripada Allah Swt, telah kembali ke jalan yang benar. Manusia yang mana kehidupannya dalam keadaan kucar-kacir, kelam-kabut, kehidupannya yang jauh melanggar perintah-perintah Allah Swt, maka dengan berkat dia keluar di jalan Allah Swt ini, maka kita lihat agama telah datang dalam kehidupannya. Maka dengan usaha yang kita buat ini, mengajak manusia kepada Allah Swt, berjuta-juta perintah Allah akan hidup dalam kehidupan manusia. Sebaliknya, jika meninggalkan kerja agama ini, manusia tidak keluar di jalan Allah Swt, berjuta-juta perkara yang haram berleluasa di atas muka bumi ini. Oleh itu, untuk mengajak manusia keluar di jalan Allah Swt, supaya dia dapat usaha ke atas dirinya ini, satu perkara yang sangat-sangat penting.

Kalaulah kita tidak menghantar jemaah ke negara-negara jauh yang berada di pinggir kekufuran, maka apakah akan terjadi kepada mereka. Kita lihat sekarang apabila kita hantar jemaah ke tempat-tempat seperti ini, manusia yang jauh daripada Allah Swt, mereka telah kembali kepada Allah Swt. Oleh itu, sangatlah penting hari ini supaya umat digerakkan, keluar di jalan Allah swt.

Jadi tuan-tuan mulia, dengan Allah swt mengeluarkan kita di jalan Allah, betapa masa yang telah diberikan, ini menunjukkan Allah telah pilih kita untuk menjalankan satu usaha yang sangat mulia ini. Inilah pilihan Allah Swt, yang mana apabila kita menjalankan kerja ini, maka nusrah yang Allah telah berikan kepada sahabat-sahabat Nabi s.a.w, yang keluar ke jalan Allah Swt, maka nusrah yang sama juga Allah Swt akan berikan kepada kita yang keluar ke jalan Allah Swt. Dan ini tuan-tuan yang mulia, satu kemuliaan yang Allah swt telah berikan kepada kita, di mana apabila kita menjalankan kerja ini, Allah Swt akan berikan kepada kita ketenteraman, kebahagiaan, kemenangan dan Allah akan berikan kepada kita keselesaan dalam kehidupan dunia ini. Jadi, satu kerja yang amat mulia Allah Swt telah berikan kepada kita yang mana bila kita jalankan kerja ini, bantuan Allah, nusrah Allah yang Allah berikan kepada sahabat -sahabat Nabi, Allah juga berikan kepada kita hari ini.

Satu jemaah pergi ke Nicaragua, Selatan Latin Amerika. Satu malam, orang datang ajak jemaah itu untuk pergi ke satu rumah. Mereka ini berbahasa Sepanyol. Di sana ada satu orang tua yang berasal daripada negara Syria dalam keadaan nazak hampir meninggal dunia.

Keluarganya beritahu bahawa ayah mereka memberikan wasiat iaitu dia inginkan jenazahnya diuruskan oleh orang Islam. Maka mereka pun mencari dan dengan izin Allah SWT, mereka telah jumpa jemaah ini. Jemaah ini sempat datang ke rumahnya dan menalkinkannya untuk ucap kalimah syahadah. Dengan izin Allah SWT, dia telah mengucap kalimah syahadah sebelum dia meninggal dunia. Maka jemaah ini telah menguruskan jenazahnya dengan begitu baik sebagaimana yang sepatutnya, seolah-olah seperti memperkebumikan saudaranya sendiri.

Maka anak-anak orang tua ini dan isteri dia yang tidak beriman telah melihat bagaimana jemaah ini menguruskan jenazah dan seluruh keluarga ini telah memeluk agama Allah SWT.

Tuan-tuan yang mulia cubalah kita bayangkan, kalaulah jemaah ini sampai ke tempat itu lewat dalam masa sehari, bagaimanakah kesan kerugian yang akan berlaku. Oleh itu tuan2 yang mulia, kita yang berada di jalan Allah SWT ini adalah sumber hidayat, di mana satu minit berada di jalan Allah, mungkin di dalam satu minit itu terletak berjuta-juta hidayat Allah SWT kepada manusia dan sebaliknya kalau kita duduk di rumah, maka berapa ramaikah manusia akan hilang peluang untuk dapat hidayat daripada Allah SWT.

Oleh kerana itu tuan-tuan yang mulia, Allah SWT telah pilih kita di dalam usaha agama ini, ini satu tanggungjawab yang begitu berat, yang memberikan kesan begitu besar kepada manusia di atas muka bumi ini. "